Saturday, April 21, 2012

‎•.¸¸.•*♥♥Hebatnya Seorang Wanita♥♥•.¸¸.•

Assalamualaikum


Apa yang selalu kita dengar tentang Wanita ?

Wanita Tercipta Dari Rusuk Lelaki
Wanita Sayap Kiri Bagi Kaum Lelaki
Wanita Berhati Lembut
Wanita Kuat Emosi
Wanita Itu Kaum yang Lemah


Tetapi sedarkah kita disebalik semua itu . . .
Wanita dicipta untuk menjadi IBU ;

Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat,
penyambung generasi manusia. .
Ibu yang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya. .
ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak2
 dengan penuh kesabaran. .


Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang Lelaki. .
tidak kurang juga wanita mampu melemahkan Lelaki. .


Hebatkan wanita ?
Anda Bertuah Menjadi Seorang Wanita. .


Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan2 yang berlainan,
sesuai dengan fitrah masing2 .namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita
adalah sama. iaitu mencari keredhaan Allah swt. .

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan
menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud:


"berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk
yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya
kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok,
maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."
Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim






Sesungguhnya, tidaklah Allah menciptakan sesuatu dengan sia sia. setiap ciptaannya
saling melengkapi. kerana itulah kita memerlukan antara satu sama lain. .




No comments:

Post a Comment