Monday, January 30, 2012

Sambutan Maulidur Rasul SAW , takrif, hukum dan perlaksanaannya

Assalamualaikum :)

lama tak update blog. .disebabakan aku ada masa dan internet selaju skyline drift,maka why not kalau aku nak tulis entry lebih lebih lagi entry untuk kali ne pasal title kat atas agak menarik untuk aku sharing ngan u olz. .
ok,minggu ini umat islam seluruh malaysia bakal menyambut Maulidur Rasul saw yang jatuh pada
 02 feb 2012, bersamaan 12 Rabiulawal 1433 Hijrah. well tema yang dipilih pada kali ini (2012) ialah "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"
selaras dengan tema Maal Hijrah 1433.






APAKAH ITU MAULIDUR RASUL?

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul)adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.Baginda lahir dari keturunan Quraisy.Nabi Muhammad telah diputerakan di makkah, pada hari isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571m) Baginda merupakan Nabi terakhir yang diutus oleh ALLAH SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai maulid nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati  keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau meghadiri majlis Maulidur Rasul.kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Saw, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. sememangnya Bernazar untuk Melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa ganjaran Allah swt terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah swt akan memberi ganjaran pahala yang tiada ternilai.seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah swt.keberkatan mengadakan majlis maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal ditempat itu turut mendapat keberkatannya begitu banyak ganjarannya.

 TUJUAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw.Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. walaupun sambutan maulidur rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, insyaALLAH. .

HUKUM MENYAMBUT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat.malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah swt.Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah malik muzhaffar Abu said penguasa irbil. iraq. dan seterusnya ia berkembang sehinggalah sekarang.Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah : 

1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya 'siratun Nabawiyah'.Antara lain beliau menyatakan bahawa "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw.Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."
2. Imam jalaluddin As-sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya Al-wasail fi syarhisy syamail', menyatakan, "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul disebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadirin mendapat rahmat dari Allah swt."
3. ust.Hj.harun Muhammad Al-kelantani (1953) dalam kitabnya senjata syariat, pakaian Ahli sunnah wal jamah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.












No comments:

Post a Comment