Sunday, December 25, 2011

‎•.¸¸.•*♥♥KEIMANANMU YANG MEMBUATKU JATUH CINTA♥♥•.¸¸.•

Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya

Imam muslim meriwayatkan dari abu hurairah, Rasulullah SAW bersabda : "sesungguhnya kelak  pada hari kiamat Allah akan berfirman, " di mana orang orang yang saling  mencintai kerana keagunganku..?! pada hari ini aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganku di saat tidak ada naugan kecuali naungkanku "

Diriwayatkan hadis dari abu hurairah ,Rasulullah Saw bersabda : "Demi Allah ,kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman.tidak sempurna keimanan  kamu sehingga kamu saling mencintai.adakah kamu mau aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling mencintai ..?? sebarkanlah salam di antara kamu! "(HR.muslim)

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, "tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai  ".hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Hadis dari anas bin malik, Rasulullah Saw bersabda : "sesiapapun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang  hanya kerana Allah semata ." (HR.bukhari).

Hadis dari Abu dzar yang diriwayatkan oleh imam ahmad, abu dawud, dan ibnu hibban , ia berkata : "wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka ? Rasulullah Saw bersabda, "engkau wahai abu dzar,akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai."abu dzar berkata; maka aku berkata, sungguh aku mencintai Allah dan RasulNya."abu dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali."

Hadis muadz bin anas Al-jahni bahawa Rasulullah saw bersabda : "sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya." (HR.Al-hakim)

<3 semoga bermanfaat <3


Wednesday, October 19, 2011

AlhamduLILLah


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Assalamualaikum


Ditanyakan kepadaku, "apa khabar ?"
maka ku jawab, "Alhamdulillah
maka mereka menyangka aku sedang
dalam keGembiraan. .

mereka lupa bahawa kita bersyukur kepada ALLAH  dalam gembira
dan musibah

Alhamdulillah ketika  kita bersedih
Alhamdulillah ketika kita disempitkan oleh dunia
Alhamdulillah ketika kita ceria
Alhamdulillah ketika kita sakit
Alhamdulillah ketika kita redha 
degan ketetapan illahi
Alhamdulillah ketika kita selesa


Alhamdulillah dalam setiap keadaan. .^___^

Wednesday, October 12, 2011

. .Insya'ALLAH Ada JalaNnya. .


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


Assalamualaikum


saya pasti semua orang pasti ada masalah kan, tak kira lah besar atau kecil,
kalau namanya masalah, pasti memeningkan. .
saya pon sebagai manusia biasa, tidak lari dari di kunjungi masalah. .
apa yang boleh kita , lakukan ketika masalah menimpa ?

DOA ,REDHA &  TAWAKAL lah kepada Allah. .


surah ali imran :173

Apabila menghadapi tekanan baca ayat ini sebanyak mungkin
sebagai zikir-insyaallah hati akan menjadi tenteram. .=)


bak kata maher zain,insyaAllah ada jalannya. .
serahkan segalanya kepada Allah yang maha pengasih lagi
maha penyayang. .dia yang membuka jalan ini,semoga dia
mudahkan juga laluan kita. .

InsyaAllah
InsyaAllah
InsyaAllah
Ada jalannya. .





like diz song. .n__n


"Andainya kau rasa tak berupaya
hidup sendirian tiada pembela segalanya 
suram bagai malam yang kelam tiada
bantuan tiada tujuan janganlah berputus
asa kerana Allah bersamamu"









Saturday, October 8, 2011

. .Akhlak Mulia Hiasan Diri~. .


PERHISAN DIRI

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"agama itu pada
diri seseorang ,maka tidak baik agama melainkan dengan ketinggian
dan keelokan akhlak.adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan
kedua-dua sifat mulia ini ?"
(hadis riwayat at-tabrani) akhlak mulia adalah perhiasan. .



ALLAH BERSIFAT LEMAH LEMBUT
Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah lembut."
Riwayat muslim

HURAIAN :

1) sifat lemah lembut adalah sifat yG di sukai oleh ALLAH sebaliknya sifat kekerasan adalah
sifat yg dibenci oleh ALLAH
2) kekerasan tidak akan dapat menyelesaikan masalah sama ada yg meliputi bidang alam rumahtangga,perhubungan masyarakat dan sebagainya
3) Umat islam di tuntut supaya bersifat Lemah Lembut dan bertolak ansur di dalam perkara
perkara yang tidak bertentangan dengan syariat Islam

-salam ukhwah-

Wednesday, October 5, 2011

. .Aku hanya GADIS kampung , Asal dari kampung. .:)

Assalamualaikum :)


Asalnya aku dari kg segaliud ,sandakan. .
dah alamat aku tu ada KG ,so asal usul aku neh
memang tak boleh lari dari hakikat yang sebenar la 
bro ,walaupon aku bukan dilahirkan d kG. .teehee


Alhamdulillah ,aku bersyukur sangat2 berasal dari kg.
suasana kg yang aman ,penduduk yang ramah ,suka 
bekerjasama dan semua kemudahan ada ,masjid ,sekolah
kedai dan sebagainya~

tp ! ada tapi neh
~klinik~
yalah klinik tu kan penting ,kan kan =)
tapi insyaALLAH tak lama lagi ada lah tu yayy !
tapi siyes derr..walaupon menjadi gadis kG neh teda pa yang 
menyulitkan mungkin ada yang kata gadis kg ney kolot laa
ohh etu sume not true ok !

aku lagi suka hidup cara macam neh simple2 jek nampak
cool macam tuh. .err. .papon kesederhanaan tu lebih penting 
derr. .


till then 
byee !




p/s  aku tetap aku~hargailah hidup anda. .


Saturday, October 1, 2011

Bila si DIA merajuk , Hati kecil ne pun Merajuk

waaAaaaaaaaa.....aku merajuk, terasa hati!!

hurmmm merajuk dengan orang yang aku sayang plak tu.....

ape citerr nie derrr??? T__T

tapi aku rasa benda tu membuatkan hati kecil aku nie kecewa, sedih, wuwuw
               dan macam-macam lagilah. .ermm normal la kan rasa macam nie..
aku pon tak tau nak wat apa apa dah nie. .

sebabnyaa. .haa meh sini nak cerita

mesej dari si DIA

. .apa erti kehidupan mempunyai TEMAN TERSAYANG..mcmne agaknya.?
masa sunyi takde org teman,masa tak sunyi pn org pun tak teman,
masa hepy takde org nak teman,masa sedih pun takde org nak teman
masa tenang org org tak tenang
masa tak celaru org yg di harapkan langsung tak pedulikan


motif
tak reply mesej DIA


aty kecil ne terasa =,=
dia tak tau yang kita sayanggggg sgt2 kat dia =( bkn nk abaikan pon
masing masing busy ,aku ngan keja & dia ngan study

 ok akan buat yang terbaik ,pasne akan selalu menjaga
hatiMu dan akan sentiasa d belakang mu :)

tapi papon tanx awak sebab selalu bersabar
gan saya yg kuat mejok neh =(. .saya hargai sangat2 =)
semoga lepas neh hubungan kita makin ary , makin bertambah sayang <3
dan makin kukuh.
AMINN :)





Assalamualaikum

Saturday, September 10, 2011

Bagaimanakan ku hadapi UJIAN


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم








SURAH AL-BAQARAH AYAT 45


"DAN MINTALAH PERTOLONGAN KEPADA aLLAH.DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG ,DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA ORANG2 YANG KUSYUK"




YA ALLAH..tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti  yang
benar itu.dan juga tunjukkan kepada kami yg tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya.
AMIN
bila Allah cepat makbulkan Doamu ,maka dia menyayangi Mu ,bila Dia lambat makbulkan Doamu ,
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik



p/s oleh itu ,sentiasalah bersangka baik pada ALLAH ..